Ramadhan Dari Kacamata Pengurusan Organisasi

Ramadhan adalah satu tempoh yang sangat penting dari sudut ibadah umat Islam. Sepanajng tempoh yang singkat ini merupakan tempoh yang ditunggu-tunggu pada pencinta ibadah. Saya tidak berniat untuk mengupas kelebihan ibadah daripada perspektif ibadah. Kita mungkin boleh dapatinya daripada penulisan lain di internet. Tapi saya lebih cenderung untuk membincangkan berkenaan pengurusan yang menjadi genre Utama penulisan blog ini.

Saya mendengar satu tazkirah ringkas oleh Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi, aspek yang penting untuk dilihat oleh seorang muslim bukanlah berapa ibadah yang dilakukan, tetapi berapa elok ibadah yang dilakukan. Atau dalam Bahasa moden, bukannya kuantitatif yang diukur, tetapi kualitatif yang perlu menjadi  Apabila kita bercakap soal pengurusan, Ramadhan adalah satu contoh yang penting untuk diteladani. Ramadhan sebagai medan untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan hidup sebagai seorang muslim.

Ramadhan merupakan cabaran bagi sebuah keluarga. Berikut apa yang boleh saya ketengahkan bahawa Ramadhan amat menguji kecekapan dalam pengurusan kita.

1. Ramadhan memerlukan pengurusan diri yang tinggi. Kalau anda seorang ketua keluarga, anda memainkan peranan penting dalam menentukan kaedah perjalanan semua ahli keluarga. Rutin keluarga bertukar. Sebelum ini, makan pagi dalam jam 7.00 pagi, kini makan pagi seawal 4.00 ke 5.00 pagi. Maka persiapannya perlu lebih awal dan lebih sesuai kerana hari puasa yang Panjang.

2. Ramadhan memerlukan penyusan intensif kewangan. Kewangan adalah aspek yang Utama dalam pengurusan sesuatu organisasi. Tapi kewangan yang disusun kukuh, sesuatu organisasi akan berhadapan dengan keadaan yang sukar. Bagaimana bajet Ramadhan kita? Bajet makan, pakai? dan sedekah? Kita tidak mahu selepas raya, bajet kita lari atau deficit sebelum gaji belum hadapan.

3. Ramadhan mengajar kita konsep CSR. Social responsibility amat penting dalam pengurusan. Konsep puasa itu mengajar kita social responsibility apabila kita merasai kesusahan orang fakir dan miskin untuk mendapat makanan. Melalui Ramadhan, kita melatih kita dan ahli organisasi kita supaya lebih memahami socially disadvantage yang dihadapi oleh orang lain. Melalui kaedah ini, kita akan memperbanyakkan sumbangan berupa makanan dan duit untuk masyarakat.

4. Latihan. Ramdhan adalah medan terbaik untuk mempertingkatkan kemahiran dalam pengurusan sesebuah organisasi. Ramadhan adalah satu tempoh yang sesuai untuk mempertingkatkan pemahanam tentang Islam. Sebagai contoh, sekiranya ahli keluarga kita tidak mahir dalam membaca al-Quran, ambil kesempatan pada bulan ini untuk mempertingkatkan kemahiran itu. Begitu juga dalam pengurusan. Tempoh latihan penting untuk mempertingkatkan kemahiran bakat yang ada dalam organisasi. Budayakan latihan sepanjang Ramadhan untuk mendapat kemahiran bagi hidup kita. Mungkin kali ini kita perkukuh bacaan al-Quran, Ramadhan tahun hadapan kita perkukuhkan sirah Rasulullah s.a.w. Apa pelan latihan anda ketika Ramadhan?

5. Ramadhan menuntut kita bijak menguruskan hubungan kita sesame manusia. Mungkin sebelum ini kita jarang bertemu jiran kita, tetapi sekaranglah masanya kita boleh berhubung dan bersembang dengna jiran-jiran melalui program di surau dan sebagainya. Begitu juga dalam pengurusan, ada waktunya kita perlu memperkukuhkan networking kita untuk memberi manfaat kepada organisasi kita supaya berkembang. Elok bagi sesuatu pengurusan untuk memperkukuhkan jaringan kerja mereka untuk memperkukuhkan hala tuju organisasi berkenaan.

Saya setuju bahawa banyak lagi aspek lain dalam Ramadhan yang boleh kita insafi dalam pengurusan organisasi. Sekiranya anda ada pandangan, kongsikan di sini.

Salam Ramadhan untuk semua.

Visited 24 times, 1 visit(s) today
Share

Leave a Reply