Alhamdulillah, tahun 2024 menjelma. Menambah lagi batang usia kepada satu batang sebagaimana lebih 40 batang umur yang dibawa sebelum ini. Hidup makin sarat, daripada sarat masalah juga sarat dengan kenangan manis.
Penjenamaan semula blog peribadi saya dibuat menggunakan domain .com dgn mengekalkan signature asal saya: amirhamzah dgn ditambah s sebagai pemilikan atau sebenarnya kerana amirhamzah.com dah tak available. Pengurusan domain menjadi lebih mudah, berbanding .my yg lebih mahal (sekarang RM120) berbanding .com hanya RM50 setahun.
Tahun 2024, sy bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat doktorat dgn saya bercadang untuk mengembangkan pengetahuan saya dalam bidang online services for government business. Harapnya berjaya dan semoga pihak Kerajaan setuju untuk menaja saya di peringkat ini. Kalau tak, kena belanja sendirilah.
Tahun 2024 juga mengkehendaki saya menyusun semula ilmu dan pengetahuan saya dan mencari kaedah untuk menyebarluaskan ilmu tersebut. Hadith Rasulullah s.a.w yang menggariskan tiga perkara yang tidak terputus walau selepas kematian adalah ilmu yang bermanfaat.
Bagi tahun baru ini, saya berazam untuk mempertingkatkan lagi perkongsian ilmu baik mengenai bahasa, agama, pentadbiran mahupun berkait pengarurcaraan komputer. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua dan membawa kebaikan kepada kita bersama.
Penyusunan semula d.art saya juga menjadi keutamaan pada tahun 2024. Bermula aplikasi dataislam, myibadah, braineus, dan quiix, perlu disusun untuk penasaran yang lebih baik dan berkesan. InsyaAllah.
Ssmoga keberkatan bersama kita pada tahun 2024 dan tahun-tahun yang seterusnya. Kita ambil senyuman dan tangisan 2023 sebagai pedoman dan ibrah terbaik demi mencapai sasaran hidup kita. Iaitu, hidup bahagia di alam sana. Bukan senang mencintai mati bukanh?
Amir Hamzah, Putrajaya