Al-Quran tlah mengiktiraf fitnah sebagai satu bentuk dosa yang sangat besar. Bukan sahaja fitnah, cubaan melakukan fitnah pun sudah menjadi ancaman dalam Islam. Islam telah meletakan asas yang kukuh dalam masalah fitnah ini, yang dapat dilihat dalam sejarah Islam, fitnah yang dilemparkan terhadap Saidatina Aisyah r.ah. Allah swt berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١١﴾ لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَـٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [Surah al-Nur : 11-12]

Fitnah yang melibatkan maruah adalah satu bentuk fitnah yang sangat jahat. Fitnah ini dibantu dengan perkembangan media sosial pada hari ini, menjadikan fitnah itu lebih mudah merebak atau istilah modennya : viral. Islam mengajar kita untuk tidak memperjudikan maruah orang lain melalui sesuatu perkara yang tidak ada kait mengaitpun dengan kita. Lihat sahaja kaedah dalam hukum had bagi yanbg menuduh seseorang perempuan melakukan nista penzinaan, sekiranya gagal dalam kes yang dituduh, akan dikenakan had rotan. Kecuali bagi suami yang melihat kecurangan isterinya secara jelas (sarih) boleh membuat tuduhan lián.

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

Telah jelas bahawa fitnah itu adalah barah dalam masyarakat dan dijanjikan oleh Allah akan azab yang pedih di akhirat kelak. Kita sebagai orang beriman, hendaklah menanam prinsip untuk tidak mudah percaya apabila melibatkan tuduhan terhadap maruah yang melampaui batas. Ambillah jalan yang lebih selamat iaitu menolak finah keji berkait maruah seseorang. Kita tidak mahu kita menyebarkan fitnah tersebut walaupun dakwaan itu mempunyai asas-asas tertentu atau sebagainya.

Semoga Allah memelihara kita daripada terjerumus ke kancah fitnah ini.

Visited 37 times, 1 visit(s) today
Share

Leave a Reply