Anda pemandu yang baik, memberi isyarat untuk membelok, tetapi orang lain tidak. Anda bosan kerana orang lain tidak seperti anda. Lebih-lebih lagi anda di’honk’ oleh mereka. Jangan bosan lagi. Kerana hari mereka tetap datang. Hari anda lebih sempurna apabila anda melengkapkan kebaikan.

Anda pekerja yang rajin, tetapi rakan anda yang tidak berapa rajin mendapat sanjungan dengan kelebihan yang ada pdanya, cantik, pandai bercakap atau padai mengambil hati bos. Jangan bosan dulu. Anda lihat diri anda, anda akan jumpai kelebihan anda. Lengkapkan diri anda dengan keyakinan anda juga adalah terbaik. Tidak perlu mengikut rentak dan cara orang. Kita hidup dengan cara sendiri.

Anda seorang peniaga makanan. Selalu memberi lebih kepada pelanggan. Tetapi anda tetap tidak menghabiskan jualan dan mencapai sasaran. Jangan bosan dahulu. Teruskan memberi, kerana memberi itu akan mengundang segala kebaikan untuk kita dan keluarga kita. Memberi dan mencukupkan akan membahagiakan orang lain. Atas asbab itu, anda dapat rasakan hari anda lengkap dan sempurna.

Anda dalam satu projek tetapi masih lambat untuk tamat dengan jayanya. Anda bosan. Jangan bosan dahulu, kesabaran anda kepada pekerjaan anda mengundang kasih Allah. Kerana Allah menyukai hambanya yang tekun dalam melakukan kerja.

Anda ada sebuah keluarga. Tetapi isteri dan anak-anak tidak mendengar kata anda. Jangna bosan dahulu. Keluarga ini melibatkan hati. Dan yang boleh mengembalikan hati kepada kebaikan hanyalah Penciptanya sahaja. Kita? Berdoalah agar Allah memasukkan taufiq dan hidayah dalam diri mereka. Agar mereka kembali kepada kita. Kita semak juga cara hidup kita.

Banyak situasi kebaikan yang mungkin berlaku kepada kita. Ianya tidak akan mematahkan semangat kita sekiranya kita melakukan sesuatu dengan ikhlas menharapkan keredhaan Allah swt. Terus melakukan kebaikan kerana keikhlasan itu akan membawa kasih sayang Allah swt kepada kita. Semoga kita terus bersama rahmatnya. Jangan bosan melakukan kebaikan, kerana Allah swt tidak pernah bosan mendengar doa kita walaupun kita kekalkan mengulangi dosa dan melanggar taubat kita pada Allah. Semoga kebaikan dan pahal Allah bersama kita. Amin.

Visited 50 times, 1 visit(s) today
Share

Leave a Reply