Versi 1.17 AutoQuran Kini Tersedia Untuk Pengguna

Alhamdulillah. Kita dah siapkan versi 1.17 untuk AutoQuran. Banyak penambahbaikan telah dilakukan kepada AutoQuran.com dan pengguna boleh terus menggunakannya melalui browser di desktop, tablet ataupun Tablet.

Antara ciri yang telah ditambah baik adalah seperti berikut:

  1. Penggunaan AJAX sepenuhnya untuk mengendalikan request and input daripada pengguna.
  2. Penggunaan teks sebenar al-Quran daripada King Fahd Glorious Quran Printing Complex (GitHub by Rezza Mulla) untuk ketetapatan ayat al-Quran.
  3. Audio handler kini lebih maju melalui penggunaan key anak panah (arrow key) pada keyboard untuk next ayat, prev ayat, pause ayat dan resume ayat.
  4. Antara muka lebih bersih dengan fungsi untuk sembunyikan player.
  5. Tambahan diberikan kepada pelayar mobile iaitu swipe gesture untuk next ayat, left swipe untuk prev ayat, single tap pada screen untuk pause atau resume ayat dan double tap untuk sembunyi link about and hide player button untuk penjimatan ruang pada mobile. (Buat masa ini testing hanya dibuat pada Android device).
  6. Kita masukkan juga fungsi “Manual Next Ayat” untuk membolehkan pengguna membaca ayat dan bergerak ke ayat seterusnya secara manual (klik pada player, array key untuk desktop atau swipe untuk mobile).
  7. Kita masukkan juga fungsi “Repeat surah” untuk membolehkan player ulangi surah selepas tamat dan tidak melompat ke surah berikutnya. Ini penting untuk mereka yang sedang buat ulangan hafazan.

Saya berharap, AutoQuran ini akan memberi manfaat kepada semua yang menggunakannya. Sebagai peringatan, saya tidak mengesahkan ayat al-Quran yang dipaparkan ini tepat dan saya hanya bangunkan fungsi.

Pengguna bertanggungjawab menyemak ayat al-Quran di aplikasi ini dengan naskhah al-Quran yang disahkan oleh pihak berkuasa, sebelum menggunakan aplikasi ini dalam mana-mana penerbitan.

Selamat menggunakan aplikasi saya.

Salam dari Malaysia.

Comments

Leave a Reply